insane #30

 

andainya hujan dikala ini pasti aku sudah pun bermandikan hujan.
berselidung disebalik hujan yang lebat untuk menutup segala kesedihan yang merudum dihati .

mungkin sahaja jika aku bersendirian dikala ini
seluruh alam yang senyap lagi sunyi akan mendengar setiap rintihan dihati
memohon ditabahkan hati
dikuatkan lagi tembok disetiap sisi hati

moga moga aku masih mampu untuk bangun disetiap datangnya pagi
moga moga masih mampu untuk terus melontarkan senyuman
pada setiap mata yang memandang diri ini..

saat ini apa yang aku perlukan seorang insan yang mampu selami setiap yang tersimpan di hati
sambil memandang tepat ke mataku lalu berkata.


"aku tahu meskipun tidak kau nyatakan, aku tahu setiap yang kau lindungkan disebalik senyuman yang kau berikan, aku sentiasa ada untuk meminjam bahu untukmu"
...
dan jika benar itu berlaku mungkin aku akan merangkul kemas tubuhnya
menangis sepuasnya dibahunya lantas kembali tersenyum

"terima kasih kerana meminjamkan bahu kepada aku."

namun itu semua monolog yang bermain diakal minda yang semakin hari semakin sesak .
aku masih lagi disini sentiasa menutup setiap derita yang ditanggung dengan secebis senyuman ringkas
cukup untuk tontonan umum.

No comments: