imaginasi luar kotak .


terjaga dari mimpi bila aku sedar insan tersayang tiada disebelahku , lantas aku selak selimut putih yang menutupi batang tubuhku .tercari cari kemeja putih miliknya yang semalam aku pakai lalu aku capai untuk disarungkan pada tubuku .

aku turun menuju ke dapur , melihat dia yang sedang leka membaca berita harian dimeja membuatkan aku tersenyum sendiri , tubuhnya aku rangkul dari belakang menyebabkan dia sedikit tersentak kerana tidak menyedari kehadiran aku .

" good morning honey , bangun tak kejut saya pon . "

kataku terus mencapai 4 keping roti untuk dibakar dan mengambil 2 cawan untuk membuat air nescafe kesukaan kami . tubuhku dirangkul kemas dari belakang dan satu kucupan ringkas hinggap dipipiku . aku tersenyum sambil membalas kucupan itu .

" good morning sayang , bukan taknak kejut tapi tengok awak tidur macam baby tak sampai hati plak " .

katanya masih lagi memeluk tubuhku sambil membantu aku menyediakan sarapan pagi ,  terasa bahagia bila dimanjakan begitu apatah lagi bila dia punya masa sepenuhnya terhadap aku , sibuk dengan pelajaran membuatkan kami jarang dapat bersama .

" awak , petang nie tak buat apa apa ke ? "

soalan yang ditanya membuatkan dia senyum sendiri dan senyuman itu aku tahu ada maksudnya . aku cuma membalas ringkas senyumannya itu , tak mahu dia tahu yang aku tersinggung .

" takpe , petang nie saya minta izin keluar kejap tau " .

kataku tanpa menunggu jawapannya kerana aku sudah sediamaklum .

" awak nak pergi mana sayang ? takpe la petang nie saya tak pergi main bola saya teman awak ye " .

dengar katakata yang keluar dari bibirnya buat aku hampir ketawa , inilah insan yang aku sayang sering buat aku merajuk kerana suka memujuk . namun kali ini aku biarkan permainan ini lama dari kebiasaan , supaya dia tahu rajuk aku kadang kala sukar untuk dipujuk .




8 comments:

Sigaret Perisa Kafein said...

Imaginasinya baik. manis. Semoganya ketemu realiti.

-AsaSiaga-

PUTRI INTAN said...

sigaret perisa kafein : ya . moga moga ketemui realiti .

ezyra daniel said...

nice entry :)

Iema Gurlz said...

dtg singgah + follow ^^

Yumida Huda said...

wah..bestnye klo ade yg memujuk..klo yg buat don't know je..sakit ati gak..kengkadang kita perlukan perhatian

follow sini..ke 252..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com

PUTRI INTAN said...

ezyra daniel : thanks dear .

PUTRI INTAN said...

Iema Gurlz : trima kasih . akan difollow kembali .. :)

PUTRI INTAN said...

Yumida Huda : betul tuh . gadis nie selalunya tak minta banyak just bagi perhatian je kat dia . :)