perasaan itu .
Bacaanku terhenti apabila terasa diri diperhati dengan pandangan tajam, aku terus memandang kedepan melihat sang cinta hati sedang asyik menjamah rakus wajahku lantas aku berikan senyuman paling menawan untuk ditatapkan, nyatakan dia kembali ke alam nyata namun pandangannya tetap padaku. Aku membalas pandangannya dengan pandangan lembut seakan cuba untuk menarik dirinya mendekatiku dan akhirnya dia bangun dari tempat duduknya menghampiriku. Mataku masih lagi tak lepas memandang wajahnya.
Seketika mata kami terkunci memandang antara satu sama lain, saat itu seakan masa terhenti ikut memberi ruang untuk hati berbicara sesama sendiri. Terasa jantungku berdegup laju seakan diburu binatang buas yang menunggu masa untuk menerkam mangsa yang dalam kelekaan.
" Sayang, kau tak pernah rasa jemu dengan aku?".
Pertanyaannya membuatkan aku kembali ke alam nyata, kenapa dia bertanya begitu. Apa ada kesalahan yang aku lakukan hingga aku sendiri tidak sedar atau adakah kerana aku terlalu leka dengan hal dunia sehingga dirinya terasa diabaikan. Lama aku mendiamkan diri namum mataku tetap setia memandang redup wajahnya. Mencari-cari jawapan disetiap celaan wajahnya.
" Tidak sayang, kenapa kau menyoalku begitu ? aku ada melakukan kesalahankah?" .
Soalku terus padanya, dia tersenyum memandang wajahku lantas mengelengkan kepala. Lalu dia bertanya lagi.
" Pernah tak terlintas difikiranmu untuk meninggalkanku ?". Tanyanya lagi.
Dan kali ini soalannya membuatku kurang senang kerana aku tidak suka soalanku dibalas dengan soalan, perbualan yang ringkas dan mudah telah menjadi rumit. aku memandang wajahnya cuba untuk menyembunyikan ketidakpuasan hatiku dengan melemparkan senyuman untuknya.
" Tidak sayang, kenapa kau menyoalku begitu?".
Aku masih lagi bertanyakan soalan yang sama, nampaknya dia sedikit lega dengan jawapan yang diberikan.
" Aku cuma bertanya sahaja takut dirimu terasa terabai kerana aku kini terlalu sibuk dengan urusan kerja yang ianya juga untuk masa depan kita".
Balasnya sambil memandang tepat ke mataku. Aku terus menundukkan wajah cuba memikirkan kalau-kalau diriku diabaikan hanya kerana dirinya sibuk dengan urusan kerja. Namun bagiku wajar untuk dirinya sibuk kerana walaupun aku cuma kerja biasa kerja yang santai tetap juga terleka dengan hal dunia hinggakan tidak mampu untuk meluangkan sedikit masa untuk dirinya. Aku terlalu leka dengan kerja-kerja yang aku lakukan, kerja-kerja yang memerlukan perhatian sepenuhnya.
" Tidak sayang, sebaliknya aku lebih merasa resah jika dirimu rasa terabaikan hanya kerana aku terlalu leka dengan hal dunia".
Kataku dan dia tertawa mendengar jawapan aku membuatkan aku kembali bingung. Dimana lucunya? soalku hanya dihati namun dirinya yang seakan faham apa yang bermain dikotak fikiranku.
" Manusia itu pelik bukan, seringkali merunsing perkara-perkara yang tak perlu untuk dirunsingkan, namun sayang aku mohon maaf ya kerana tidak dapat meluangkan masa yang panjang untukmu, percayalah jika aku mampu aku ingin kau selalu disisiku, dan percayalah keadaan ini tak akan lama".
aku cuma tersenyum mendengar kata-katanya, lantas tubuhnya aku rangkul kemas. Tuhan jadikan dia teman aku sampai mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment