kisah cinta kita


Semalam disaat mata ingin beradu, aku dan dia kembali mengenangkan cerita lama.  Cerita cinta aku yang lain dari sebelum-belumnya.

" b, b ingat lagi tak macam mana kita boleh kenal dulu?".

Tanyaku ringkas.  Dia menarikku rapat didalam pelukan, terasa sedikit hangat tapi menenangkan.  Aku masih lagi menunggu jawapan yang keluar dibibirnya.

" Laa, kenapa sayang tanya macam tu?".

soalanku dibiar sepi malah dia pulak kembali menyoalku.  Aku hanya mengeleng kepala.

" hurmm, sayang nak buat cerpen tentang kita, cepat la b cerita la macam mana kita boleh kenal dulu?".

soalku lagi sedikit mendesak.  matanya tepat memandang mataku lantas tersenyum, tubuhku masih dirangkul kemas.

" seketika mataku terkunci terkarisma memandang perawan didepan mata, aku hanya mampu memandang ketika itu, kerana tak mungkin dapatku miliki gadis secantik bidadari ini".

kata-katanya terhenti disitu, diam seketika dia kembali menyambung.

" masa tu sayang tengah sibuk memasak kat dalam, masa kitaorang nak bayar kat kaunter tu tiba-tiba kamal tegur sayang pastuh minta id wechat sayang, dengan muka garang tambah bengis tu abang tak sangka plak sayang boleh bagi id sayang ". katanya padaku

" garang tambah bengis erkk, pastuh? ". kataku tertawa sambil membetulkan letak kepalaku dibahunya.

" lepas tu kitaorang ada lepak kat depan bangunan disini, time tu la abang minta id wechat sayang kat kamal dan bermula lah bait bait cinta antara kita".  sambungnya namun dipintas olehku.

" erkkk belum lagi tau, masa awal kita chat abang banyak tanya pasal gitar adik je, masa tu abang tengah gilakan gitar adik, cuma sayang lupa bila cerita gitar nie bertukar menjadi cerita kita".

sambungku lagi, dia hanya tertawa lalu malam tu kami borak macam mana masa mula-mula dia nak tawan hati aku dan bagaimana aku mula jatuh cinta dengannya.





p/s : nantikan episod kisah cinta neo dan sara

No comments: