luar kotak 3


Dia duduk termenung memandang damainya pantai. tenangnya deru angin yang menyapa, dia duduk bersandar di satu pokok sambil mengeluarkan pena dan jurnal mahu dibaitkan setiap kata dihelaian jurnal.  Seketika matanya jatuh pada sekujur tubuh yang berada dijauh darinya, leka dia memandang gadis itu .

Raut wajah yang tenang, gadis itu leka dengan buku yang berada ditangan tidak dihiraukan kiri dan kanan, leka berada didunia ciptaannya sendiri.  Dia masih lagi memerhati gadis itu, ada ketikanya gadis itu tertawa sendiri mungkin ada yang lucu di bahan bacaannya dan dia terpaku melihat indahnya senyuman yang terukir dibibir gadis itu .. 

Mahu dikenal rapat namun dia tidak tahu bagaimana mahu dimulakan perkenalan lantas dia kembali memandang helaian jurnal yang terbiar dan kini dia tahu apa yang mampu dia lakukan ..

hey gadis berbaju merah
raut wajahmu mencuri ketenanganku
senyum indah yang terukir dibibirmu
menarik perhatianku

harapnya engkau tidak menolak 
salam kenal dari lelaki seperti aku

ringkas dan padat dia menulis lantas dia bangun beranikan diri menuju kearah gadis itu, dan gadis itu mendongak apabila perasan ada kaki yang berada didepannya ..

'siapa lelaki nie ?'

detik hatinya namun bibir masih juga mengukir senyum walaupun tidak diketahui gelaran jejaka yang berada didepannya kini.  Satu helaian kertas dihulurkan padanya. dia masih terpinga namun disambut helaian itu dan dibaca, lantas dia tersenyum.

" Nak berkenalann denganku bersyarat, jika berniat untuk dikenali rapat .. "

dia berhenti disitu, lantas bangun mengadap jejaka yang berada didepannya yang masih lagi menunggu bait kata yang terhenti tadi.

" datanglah bertemu keluargaku. "

kataku ringkas dan berlalu .

No comments: