insane #5



 
sedang aku asyik melayan perasaan sendiri tiba tiba datang seorang jejaka duduk dihadapanku lantas tangannya menghulurkan sebentuk hati .. katanya dia mahu gantikan hati aku yang sudah hancur remuk oleh seorang jejaka di cinta laluku . aku terdiam terpinga pinga masih lagi tidak mengerti tujuan asalnya kemari . akhinya dengan satu lamaran aku diam tertunduk .

 lama aku biarkan dia dihadapanku menunggu setiap patah kata yang bakal keluar dibibir mulusku . aku cuma mampu berkata

 " maafkan aku , walaupun hati ini sudah remuk dihancurkan namun aku masih mahu menyimpannya kerana ada dia disitu , aku tidak mahu kenangan yang aku ada , diambil oleh sesiapa sahaja termasuk kau " .

 wajahnya sedikit berubah namun tidak aku pedulikan lalu aku terus bangun meninggalkannya dan tanpa diduga air mata aku menitis . aku terus mengesat tidak mahu ada insan lain melihat kesedihan aku .

***

" awak , walaupun cuma kenangan yang awak tinggal , saya tak nak kehilangannya kerana cuma itu yang saya ada " .

No comments: