aku mohon sedikit yang manis untuk aku gula gulakan segala kata yang mahu diluahkan namun tak mampu untuk diperkatakan .
aku mohon sedikit bahagia yang mampu untuk memberi manis dimuka yang sudah keruh dimamah usia .
aku mohon sedikit aksara yang bikin aku mampu untuk bermonolog semula segala rasa , segala duka , segala celaka yang ada mampu untuk aku luahkan segalanya ..
kerna aku semakin kehilangan kata kata. pena seakan tidak mahu berdamping denganku lagi , helaian jurnal sudah menjadi musuhku kini ..
1 comment:
Jangan khuatir, sayang. Tuhan pasti hulurkan tangan-Nya buat kamu. Pasti ditiupkan bahagia pada ubun rambutmu.
Post a Comment