cinta hawa .
" awak , awak dengar lah dulu penjelasan saya nie . "
kata hawa cuba menahan adam dari terus berlalu , hawa runsing bila adam mula membisu , hawa lebih rela dimarah mahupun dimaki dari adam diam menyepi , ikut hati mahu sahaja hawa lari membawa diri namun hawa tahu tak mungkin adam akan mengejar .
" awak , awak nak tinggal saya macam tu je ke ? "
tanya hawa dan pertanyaan hawa berjaya membuat adam berhenti , lalu dipandang hawa yang berada dihadapan mata .
" kalau awak nak pergi , pergi la . saya tak larang . "
apa yang keluar dari mulut adam memangmelukakan hati hawa , hawa cuma senyum memandang adam .
" dulu saya pernah cakap kan , kalau sayang jangan sayang sangatsangat , kalau cinta jangan cinta sangatsangat . nanti timbul benci , nanti akan ada yang sengsara . takpe la , saya faham . saya tak pergi mana . saya bagi ruang kat awak . ambil lah waktu . "
hawa terus berlalu pergi sebelum air matanya dilihat oleh adam . hawa tak mahu nampak lemah dihadapan adam . hawa mahu adam tahu walau apapun keputusan adam , hawa tetap boleh senyum didepan adam .
hanya kerana satu perkara yang lepas , adam bertindak begitu , tak mustahil jika sudah berkahwin kelak , adam akan pergi meninggalkannya sepi . hawa tak rela ditinggal sepi .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cool !
jom join GA
http://walkstatic.blogspot.com/2013/04/special-giveaway-from-sabah.html
Post a Comment