cinta hawa 1 .


dilihat skrin phone namun tiada satu panggilan apatah lagi satu pesanan ringkas , hawa mengeluh .

kenapa ? tanyanya didalam hati .
kenapa baru sekarang ?
kenapa bila dia sudah sayang ?

tiada jawapan , hawa tak tahu hendak diletakkan apa pada setiap soalan yang muncul di benak fikirannya . hendak ditanya tak mungkin adam akan memberi jawapan yang tepat untuknya . kadang hawa merasa menyesal kerana sering kali dia jadi begini setiap kali dia mula menyayangi sesiapa sahaja , namun hawa sememangnya kalah bila setiap urusan yang berkaitan dengan perasaan dan hati .

satu panggilan masuk , hawa hanya memandang sepi , ahhh lelaki ini tak akan pernah berputus asa , tetap dicari walaupun mulutnya sendiri mengatakan tidak . jika dulu , hawa sendiri tahu jika dulu pasti hawa sudah kembali , namun kini hawa cuma memandang sepi tak mampu untuk melakukan apa apa . hawa takut nanti adam kecewa , hawa takut nanti adam terluka , hawa jaga ketatketat hati adam .

hawa sendiri tak pasti , yang hawa tahu dia masih lagi mampu menunggu , masih lagi mahu berharap . hawa tahu tentang dirinya . andai tahap kesabaran hawa hilang ,  hawa akan pergi dan jika hawa pergi , adam sendiri tahu adam takkan dapat cari hawa lagi .

" saya meninggalkan cinta lalu untuk cinta yang sekarang ini . namun sekiranya cinta yang sekarang ini pun sakitnya sama dengan cinta lalu , untuk apa saya bercinta lagi kan adam . baik saya pergi bawa diri "

bisik hati hawa seorang diri . malam ini dia ditemani lagu - when i was your man - bruno mars .

No comments: