perasaan itu .

penyelidikan aku terbantut bila aku terasa seakan ada yang memerhati aku dengan pandangan yang tajam . aku terus mencari dari mana datangnya pandangan itu . nyata sekali dari kekasih hati yang duduk tak jauh dari meja studyku . aku membalas pandangannya dengan pandangan yang lembut seakan cuba untuk menarik dirinya mendekati aku dan akhirnya dia bangun dari tempat duduknya dan datang menghampiriku . mata aku masih tak lepas memandang wajahnya .

seketika mata kami terkunci memandang antara satu sama lain . apa yang aku rasakan saat itu hanya getaran jantung yang semakin lama semakin laju seolah olah aku sedang berlari 3 kilometer sejam . seakan aku dikejar serigala liar yang ingin menjamah tubuh kecilku .

" sayang , kau tak pernah rasa jemu dengan aku ? " .

pertanyaannya membuatkan aku tersentap . kenapa dia bertanya begitu , apa ada kesalahan yang aku lakukan hingga aku sendiri tidak sedar atau kerana aku terlalu sibuk dengan pelajaranku hinggakan dia merasa dirinya terabai .. lama aku mendiamkan diri namun mataku tetap setia memandang redup wajahnya . mencari cari setiap jawapan yang aku inginkan disebalik soalannya .

" tidak sayang , kenapa kau bertanya begitu ? aku ada melakukan kesalahankah ? " .

soalku terus kepadanya , dia tersenyum memandang wajahku lantas mengelengkan kepala . lalu dia bertanya lagi .

" pernah tak terlintas difikiran kau untuk meninggalkan aku ? " . tanyanya lagi .

dan kali ini soalannya membuatkan aku merasa tidak selesa kerana aku tidak suka soalanku dibalas dengan soalan . perbualan yang ringkas dan mudah telah menjadi rumit . aku memandang wajahnya cuba untuk menyembunyikan ketidakpuasan dihatiku dengan melemparkan sebuah senyuman untuknya .

" tidak sayang , kenapa kau bertanya begitu ? ".

aku masih lagi bertanyakan soalan yang sama . nampaknya dia seakan lega dengan jawapan yang aku berikan .

" aku cuma bertanya sahaja takut kau rasa terabai kerana aku kini sibuk dengan kerja dan kursus yang sedang aku hadiri " .

balasnya sambil memandang tepat ke mataku . aku terus menundukkan wajah . berfikir kalau kalau aku terasa terabai dengan kesibukkan dirinya namun aku rasa wajar untuk dirinya sibuk kerana walaupun aku cuma belajar tapi masih lagi tidak mampu untuk meluangkan sedikit masa untuknya . aku terlalu leka dengan kerja kerja yang perlu aku lakukan . kerja kerja yang memerlukan perhatian yang sepenuhnya .

" tidak sayang , sebaliknya aku yang resah jika kau yang terasa terabai dengan sikap leka aku ini . "

kataku dan dia tertawa mendengar jawapan aku . dimana lucunya . aku memandang wajahnya pelik . dia seakan faham apa yang bermain dikotak fikiranku .

" pelikkan masing masing terlalu risaukan tentang perkara yang tak perlu dirisaukan . tapi sayang , aku minta maaf ye kerana tidak dapat meluangkan yang panjang dengan kamu . percayalah kalau aku mampu aku ingin selalu bersamamu .. " ..

aku cuma tersenyum mendengar kata katanya . lantas tubuhnya aku rangkul . tuhan jadikan dia teman aku sampai mati .

No comments: