insane #24


mereka kata semua akan hadapi mati
mereka kata kehilangan itu rasanya sementara

"kejap lagi okay la tu."
"nanti okay la, sekarang baru lagi."

tanpa mereka bertanya

"awak okay ke?"
"macam mana awak harini?"

tak! mereka tidak akan bertanya kerana
aku selalu paparkan kebahagian yang mereka ingin lihat
aku paparkan senyuman manis untuk dipertontonkan

walhal, aku separuh mati disini
menahan dari membunuh diri
segala rasa yang ada terlalu berat untuk aku
tanggung sendiri

aku tak boleh mengadu pada mereka,
mereka ada urusan mereka sendiri
mereka ada masalah mereka sendiri
ya, mereka terlalu sibuk dengan urusan mereka sendiri

No comments: