luar kotak 1



sejuk dingin hari ini merangkul kemas tubuh kecilku, jaket yang tersarung aku tarik rapat untuk hilangkan sedikit kedinginan, kopi panas yang terhidang langsung tidak ku sentuh begitu juga dengan helaian jurnal yang berada disisi.  aku leka melihat rintik rintik hujan yang membasahi bumi, tiada tanda yang menunjukkan hujan mahu berhenti, seolah faham gelora dihati.

aku pandang lesu helaian jurnal lalu aku kutip satu per satu, segalanya terluah apabila aku sudah tidak mampu untuk berkata kata.  semuanya tertulis setelah aku tidak mampu bersuara.  aku baca setiap satunya, ada yang bikin aku tertawa ada yang bikin aku berair mata.

setiap satunya aku simpan rapi dalam kotak simpananku, lantas cawan kopi aku ambil lalu aku hirup sambil memandang luar jendela berharap moga ada sinar bahagia kerna aku sudah letih berduka ..

No comments: