cinta 5


duduk dibirai katil sendirian aku memandang kembali tempat yang sering kau dan aku bercanda , bermesra , tersenyum tertawa .. sumpah aku rindukan detik itu , detik seakan dunia ini hanya milik aku dan kamu dan takkan ada jurang antara kita .. namun itu semua hanya tinggal detik yang kian menyeksa aku dengan sedalamnya .

setiap apa yang dilakukan , setiap apa yang dikatakan aku rasa semua itu sudah cukup untuk kau nampak bahawa aku mahukan kau dan bukan yang lainnya , antara kau sedar atau kau buat buat tak sedar tapi wujudnya aku disisi kau hanya untuk mendapat kasih sayang kau bukan yang lainnya .

seakan akan terdengar setiap apa yang kau ucapkan tempoh hari

" kau boleh harapkan aku sayang , aku akan selalu ada untukmu meskipun kau hilang yang lainnya "

setiap kata yang kau lafazkan hanya sekadar omongan kosong . dan kini aku telah kau tinggal sepi .

No comments: