dipohon epal ..


aku suka duduk bersandar dipohon epal yang lebat daun serta buahnya , kerana bila aku berduka atau mungkin sedang dikecewakan aku boleh memetik sebiji demi sebiji buah epal yang ada untuk menukarkan rasa duka rasa kecewa kepada rasa manis dan indah ..

sambil menulis pada setiap helaian jurnal yang sentiasa aku bawa walau kemana pun aku pergi kerana setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah perkara penting dalam hidup aku ..

atau mungkin juga aku ingin kau mengerti

bahawa itu semua sebagai petanda untuk kamu datang menghampiri aku lantas memberikan satu senyuman manis atau mungkin juga memujuk rajuk aku yang tak pernah panjang jika dengan kamu .










dan aku juga mahu kamu tahu bahawa hanya dibawah pohon ini kamu akan ketemui aku sekiranya aku hilang dari pandangan kamu sayang .



No comments: