maafkan aku


aku pandang hadapan , aku tak cuba walau sekali pun untuk pandang belakang kerna aku tak mahu tahu , wujudnya kau disitu , sayang ? dah terlambat untuk sayang kerna hati ini pernah hancur kerana sayang . tak mungkin ingin aku ulang kembali setiap episod dengan kau kerna aku sudah tahu tamatnya bagaimana .

mungkin , mungkin di hadapan ada ruang untuk kita namun untuk masa kini ruang itu sudah tiada , sudah aku tutup ketat ketat untuk lelaki persisnya seperti kau . hati aku bukan untuk diperdagangkan , dipermainkan sewenang wenangnya .

cubalah , cubalah walaupun sekali kau letakkan diri kau dalam kasut aku , mampu ? tak mungkin kau mampu , jangan pandai mengajar aku bagaimana untuk menuding jari ke arah orang lain kerna aku tidak mahu lagi menuding jari ke arah mereka . kali ini aku mengaku salah aku , salah aku sebab relakan orang lain ambil aku dari kau . tapi aku tak salahkan dia mahupun kau . dan aku juga tak kata dia sebagai pengganti kau malahan dia lebih dari itu .

dan kali ini aku mohon , jangan pernah hadir lagi kerana sekali aku berkata tidak maka tidaklah jawapan aku , maafkan aku sebab bertindak kejam begini . jika dulu aku masih lagi menghulur tangan cuba merangkul kau tapi kini aku sedar aku cuma mahu ucapkan selamat tinggal . tempat aku bukan disisi kau . maafkan aku .

2 comments:

Kucing Hitam said...

jiwang karat nyer hehehe
http://long-cham.blogspot.com/

PUTRI INTAN said...

kucing hitam .. : hehehe bukan selalu .. :P