" dimana kau bawa aku ? "
tanya dia kepada aku , aku menoleh melihat dia sudah sedar dari alam mimpinya , dia yang masih bingung melihat tempat yang aneh dari penglihatannya membuatkan aku tersenyum .
" aku bawa kau ke tempat yang tak akan ada makhluk boleh ambil kau dari aku . "
jawab aku sambil tersenyum riang memikirkan dia bakal menjadi milik aku seorang . dia memandang tepat ke mata aku , mencari mungkin benar atau cuma omongan kosong yang dikeluarkan dari bibir aku .
" aku mahu pulang , aku tidak mahu berada disini , tolong pulangkan aku ya . "
katanya ringkas seakan merayu , aku memandang redup wajahnya , perawan yang aku sayang sudah tak inginkan aku lagi , namun batas ego menghalang aku untuk bersimpati , dia cuma milik aku tidak boleh diberi kepada sesiapa hanya untuk aku .
" tidak ! aku tak akan membenarkan kau pulang , kau cuma milik aku , dia tak akan mampu untuk masuk dan kau tak akan mampu untuk keluar dari kurungan aku . "
kataku dengan nada keras , mata yang sengaja dibeliakkan dan dia terus tertunduk enggan melihat wajahku mungkin juga tanda dia protes ke atas apa yang aku lakukan kepadanya . terusik jiwa bila terdengar sayup tangisnya namun aku terus keraskan hati berlalu membiarkan dia dikamar sepi itu .
aku tak rela melihat kau bahagia bersama dia , aku lebih rela kau derita bersama aku asalkan kau berada disisi aku .
12 comments:
itu membahagiakan?
terpulang. tapi aku juga mahu lakukan sesuatu seperti itu.
mungkin terbawa. *senyum*
-AsaSiaga-
nak ada di sisi kau boleh? teman kau makan ais krim bawah pokok tepi taman.
Sigaret Perisa Kafein : mungkin untuk si dia .. aku pernah juga melakukannya . tapi aku pulangkan balik dan meminta secara baik ..
Aiman Nazirmuddin : hahaha asalkan kau boleh beli ais krim kegemaran aku . :)
boleh, asalkan bawah pokok depan taman. cari aku.
macam mana aku nak cari kau ?
kalau kau sudi cari aku dekat facebook.
cinta meluluhkan
Aiman nazirmuddin : apakata kalau kau yang cari aku .. lebih mudah kan .. :)
pan : ye cinta memang meluluhkan ..
Jangan paksa.
tak paksa tak dapat fel ..
Post a Comment