kemari dan jangan pernah pergi lagi .


aku terjaga dari mimpi ,

aku mimpi dia lagi , aku sendiri bingung kenapa aku masih lagi mimpi dia , cuma kali ini mimpi ini lain dari yang lain , dia marah aku , apa yang dia marahkan aku sendiri tak tahu .namun  tiada secebis senyuman yang muncul dibibir aku , aku cuma diamkan setiap patah yang keluar dari bibirnya .

dan apabila dia berhenti dan cuba melihat reaksi aku , aku cuma senyum seringkas yang mungkin dan berlalu tanpa kata malah tanpa ucapan selamat tinggal .sahutannya langsung tidak ku endahkan . aku pergi ke kekasih yang lama sudah menanti , dia seperti kamu sayang , kerjanya juga seperti kamu namun dia menghargai aku tidak seperti kamu ..

itu yang aku mimpikan . terima kasih tuhan kerana memberi petunjuk bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk aku , aku terima .. :)

kemari sayang , aku sudah siap menerima kamu dalam hidup aku , kemari dan jangan pernah pergi lagi .