selamat tinggal .


kenapa setiap kali aku mahu pergi
kau akan hadir lalu memberi
kata kata yang tak mungkin
kau akan pergi tinggalkan aku

namun bila aku mula menghampiri
memberi separuh hati
kau mula beralih arah
dan terus pergi

tanpa mempedulikan aku
tanpa menoleh kearah aku
membiarkan aku terus menunggu
membiarkan aku terus tersungkur

dan kini bila aku mula bangkit kembali
kau datang lagi
cuba memberi janji palsu
namun sayangnya kini
aku sudah tidak percaya dengan
kata kata kamu

pergi lah aku tak perlukan kamu lagi
pergi lah mencari siapa saja yang mampu memahami kamu ..
mungkin kali ini aku sudah mampu untuk katakan
selamat tinggal .

No comments: