tak tahu

aku tak tahu apa yang sebenarnya aku mahu dalam hidup ini ..

kadang kadang aku rasa macam aku dah ada semuanya , tapi mengapa susah untuk aku gapai ..
kadang kadang mereka bagaikan ada selalu disisi tapi mengapa aku nampak aku bersendiri ..

aku mahukan seorang teman yang boleh ada selalu dengan aku , disaat sukar mahupun senang aku . tapi boleh ke aku lakukan perkara yang sama ? mungkin sebab itu aku tak layak untuk mendapat seorang teman apatah lagi seorang sahabat .

kadang kadang aku rasa aku dah cukup untuk memahami , dengan apa yang aku rasa , dengan apa yang aku alami , apa yang aku tanggung . aku rasa aku dah cukup untuk memahami tapi mungkin masih tak cukup untuk mereka mereka . mungkin masih tidak cukup . mungkin aku perlu lebih usaha ..

kelakuan mereka mereka disekeliling aku membuatkan aku takut untuk menghadapi dunia ..

6 comments:

Ayyza M. said...

Apa-apa pun akhirnya suka atau tidak suka, kita akan sendiri juga

monologmalamhari said...

itu memang sudah pasti .. cuma sebelum aku bersendiri aku ingin berteman ..

Anonymous said...

biar hilang percaya pada yang lain, jangan diri sendiri.

monologmalamhari said...

kadang kadang hilang juga namun cepat cepat dipupuk kembali ..

Aku pengembara said...

Suka entry nie.. Penggunaan ayat yg baik (Kata cikgu saya sek men dulu) hehe.. Boleh jadi editor majalah nie.. Apepon, gud luck la saya diucapkan!

monologmalamhari said...

terima kasih .. :)